DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

PROFIL j-QAF



PENGENALAN PROGRAM j-QAF

Pada 24 Disember 2003, semasa YAB Perdana Menteri menyampaikan ucapan  pada perjumpaan  dengan ulama dan pegawai-pegawai agama sempena  Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Keli ke 45 di Kuala Lumpur, antara lain ada menyebut tentang  khatam al-Quran, mewajibkan pembelajaran bahasa Arab dan menghayati amalan fardhu ain. Hasrat itu diulangi sekali lagi semasa lawatan beliau ke Kementerian Pendidikan Malaysia pada 30 Disember 2003. Beliau mencadangkan supaya  perkara tersebut dilaksanakan seberapa segera yang boleh.

Kementerian pendidikan Malaysia  telah mengambil tindakan dengan mengadakan beberapa mesyuarat dan bengkel, dan akhirnya mengadakan seminar Jawi, al-Quran,  bahasa Arab dan Fardhu Ain (j-Qaf)  pada 3 hinga 5 Mac 2004. Seminar ini telah bersetuju menerima  beberapa model untuk dilaksanakan sebagai projek rintis pada April 2004  sebelum pelaksanaan sebenar  pada tahun 2005 secara berperingkat-peringkat.

KONSEP PERLAKSANAAN



Program j-QAF adalah usaha memperkasakan Pendidikan Islam melalaui  penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, al Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain yang dilaksanakan di peringkat persekolahan rendah. j-QAF  adalah singkatan jawi, al-Quran, Bahasa Arab, dan Fardu Ain. Ia   menggunakan kurikulum, model dan modul tersendiri melalui tenaga guru yang khusus untuk pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan penghayatan murid. Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual waktu sedia ada.

OBJEKTIF PROGRAM j-QAF

Setelah projek ini dapat dilaksanakan  dengan baik dan berkesan diharapkan semua murid  yang menganut agama Islam, semasa di sekolah rendah dapat

i       Menguasai bacaan dan tulisan jawi

ii      Khatam al-Quran

iii     Mempelajari bahasa Arab dan
iv     Mantap dan menghayati fardhu ain
 
MODUL-MODUL jQAF

1.       Model Kelas Pemulihan Jawi

2.       Model 6 bulan Khatam al-Quran

3.       Model Tasmik Khatam al-Quran

4.       Model Perluasan Bahasa Arab Komunikasi
5.     Model Bestari Solat  

KEPENTINGAN PROGRAM j-QAF 


Program j-QAF menjadi lebih penting sebagai suatu usaha  ke arah memperkasakan Pendidikan Islam (PI) yang sedia ada  supaya semua bidang dalam PI   iwi dan Jawi lebih berkesan iaitu bidang  Tilawah al Quran, Akidah, Ibadah, Sirah Nabawi, Akhlak dan Jawi lebih berkesan dan diamalkan dalam kehidupan. 

i.      Kepentingan Jawi
Jawi telah diajar sebagai  komponen Pendidikan Islam dan mula dilaksanakan pada tahun 2003 dengan pendekatan pengajaran 6 bulan pertama di tahun 1. Laporan pemantauan mendapati penguasaan bacaan Jawi  dalam pendidikan Islam semata-mata masih belum mencukupi dan berkesan. Oleh itu Pemulihan Jawi dalam j-QAF menjadi keutamaan kepada murid  tercicir  supaya semua murid boleh menguasai jawi setelah diberi bimbingan secara berterusan. 

ii.     Kepentingan al-Quran
Al-Quran telah diajar sebagai sebahagian Pendidikan Islam  dalam bidang  Asuhan tilawah  al-Quran  pada masa ini. Namun tidak menekankan pembelajaran sehingga khatam al-Quran kerana ia memerlukan bimbingan berterusan daripada bilanganan guru yang sesuai dengan nisbah murid yang menepati pendekatan talaqi dan musyafahah (iaitu satu kaedah pembelajaran secara bersemuka dengan guru bagi mendengar, membetul kesalahan dan menyebut semula  dengan baik dan lancar). Pendidikan Islam pada masa ini hanya mengutamakan kebolehan membaca sahaja manakala aspek khatam tidak ditekankan di sekolah tetapi hanya menyerahkannya kepada masyarakat .

iii.    Kepentingan Bahasa Arab
Status Bahasa Arab Sekolah Rendah pada  masa ini sebagai mata pelajaran bahasa tambahaan. Ia  diajar  di sekolah-sekolah rendah secara  berpilih dan terhad. Tidak semua murid berpeluang mempelajarinya

iv      Kepentingan Fardhu Ain
Ibu bapa masih belum berpuas hati  dengan pencapaian dan penguasaan anak-anak mereka terhadap amalan  Fardhu Ain terutama hal ibadah mendirikan solat.

V       Kepentingan Program  j-Qaf pada keseluruhan
Masa pengajaran PI  Sekolah Rendah  pada masa ini ialah 6 waktu, 5 waktu di SJKT dan 4 waktu di SJKC. Peruntukan waktu ini  tidak membolehkan aktiviti-aktiviti khatam al-Quran, pemulihan dan pengukuhan Jawi dan latihan amali Fardhu Ain yang mencukupi di laksanakan  di sekolah-sekolah.  Manakala   Bahasa Arab di sekolah- sekolah diajar  oleh guru Pendidikan Islam sedia ada. Ini menyukarkan pelaksanaan Bahasa  Arab di semua sekolah  sekiranya guru Bahasa Arab yang hakiki tidak diwujudkan.